Resepi Cinnamon Rolls Aunty Lan

 Resepi Cinnamon Rolls Aunty Lan

Bahan-bahan :
3 ½ cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 paket yis kering
½ cawan air suam
½ cawan susu suam( nak jadikan 1 cawan susu pun OK gak)
1 sudu teh garam halus
2 sudu besar butter
1 biji telur
Bahan Filling:
1 cawan gula perang
1 sudu besar serbuk cinnamon
¼ cawan marjerin atau butter- suhu bilik
¼ cawan raisin (tak wajib)
Cara-caranya:
1.Letak 2 cawan tepung gandum bersama gula dan yis.
2.Panaskan air dan susu agar suam-suam kuku.
4.Gaulkan bahan-bahan kering bersama telur, butter dan garam.
5.Masukkan cecair. Gaul.
6.Letak tepung sedikit demi sedikit hingga tiada yang melekat dan berbentuk doh (tepung tak semestinya kena habiskan 1 ½ cawan tu, bergantung pada ulian doh kita.)
7.Bulatkan doh. Sapukan dengan butter.
8.Jemur hingga naik sekali atau dua kali ganda
9.Setelah doh naik, tumbuk di tengah.
10.Bentukkan doh menjadi segi empat. 11.Sapukan butter dan letak filling.
12.Gulung. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz jika boleh.
13.Susun di atas loyang yang letak disapu butter
14.Jemur dan biarkan ia kembang at least sekali gambar.
15.Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
16.Bolehlah dihidangkan semasa panas suam begitu sahaja atau diletakkan frosting.
Frosting mudah
Gula icing
Air atau whipping cream
Vanila
Selamat mencuba ya.



Comments